Masjid Lama Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar


Ini adalah sebuah masjid lama di Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar, Perak. Ianya berhampiran dengan plaza tol Kuala Kangsar. Kalau keluar dari tol, belok ke kiri dan beberapa ratus meter di sebelah kiri, kamu akan jumpa masjid ini. Gambar di atas adalah gambar sebelum proses pemuliharaan oleh Jabatan Warisan Negara. Aku sungguh teruja bila mengetahui ada usaha untuk memulihara masjid ini.

Sejak kecil dulu aku lihat masjid ini semakin lama semakin buruk dan terbiar. Mungkin kerana telah dibina sebuah masjid batu di sebelahnya. Apabila aku pulang ke kampung tempohari, aku berkesempatan mengunjungi masjid ini yang sedang dipulihara. Aku puji usaha Jabatan Warisan Negara ini. Hasilnya boleh kamu lihat di bawah.

Struktur bangunan masjid yang sudah dipulihara (belum sepenuhnya) nampak kukuh.

Anyaman tepas yang digunakan sebagai dinding masjid. Cuma warnanya saja yang aku tidak berkenan. Sepatutnya warna yang digunakan perlu mengikut warna asal dan kalau tak salah aku warna asalnya (mengikut kata ayah aku – dia seorang bekas pelukis pelan) adalah gelap (aku rabun warna) seperti warna dinding tepas tradisional lain.

Papan tanda kerja pemuliharaan oleh Jabatan Warisan Negara.

Pintu untuk naik ke tingkat atas masjid.
Ini adalah usaha yang baik oleh pihak Jabatan Warisan Negara. Aku puji dan sokong projek sebegini. Tapi jangan pula tempelak fikir projek kebanyakkan untuk pulihara bangunan orang melayu sahaja. Lihat laman web mereka dan projek pemuliharaan yang sedang mereka laksanakan. Jelas, tiada pilih kasih.
Tahniah. Aku tidak sabar menunggu siapnya nanti masjid lama ini.

2 thoughts on “Masjid Lama Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar”

Tinggalkan komen